rss
email
twitter
facebook

Monday, March 29, 2010

Salam Perjuangan

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum w.b.t. buat seluruh pembaca..

Alhamdulillah, berjaya juga al-Faqir membina blog peribadi ini untuk sama-sama berkongsi dan menyatakan pendapat masing-masing. Dalam zaman yang penuh mencabar ini, kita tidak boleh lari untuk berdepan dengan masyarakat. Samaada sesama Islam mahupun bukan Islam.

Maka, dunia hari ini lebih tertumpu di dunia cyber yang jika disalahgunakan pasti ia membinasakan kita. Namun jika dimanfaatkan untuk Islam. Pastilah ia dikira oleh Allah sebagai satu sedekah jariah dan jihad fisabilillah.

Yang paling penting niat kita dalam melaksanakan sesuatu perkara. Kalau beridabah sekalipun tapi berniat untuk menunjuk-nunjuk maka ia tidak dikira sebagai amal kebaikan dan sia-sia.

Para pembaca yang dirahmati Allah sekalian,

Sekadar ini sahaja untuk muqaddimah kita. Semoga perjumpaan yang akan datang lebih mahabbah dan penuh dengan informasi yang berguna insyaAllah.

Sekian, Wasalam,
Mohd Solehuddin Mohd Safien
Hayyu Asyir, Kaherah,
Mesir.

No comments:

Post a Comment