rss
email
twitter
facebook

Tuesday, April 6, 2010

Ust Solehuddin beri Tazkirah di Rumah Selangor






Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikumw.b.t.

Kaherah,6 April 2010. Asrama Darul Ehsan, Hayyu Asyir. Selepas solat Maghrib berjemaah di Surau Rumah Selangor, Calon BP PMRAM Ust Solehuddin Mohd Safien telah menyampaikan tazkirah kepada ahli-ahli BKAN Selangor.

Dalam tazkirah tersebut, beliau menyentuh berkenaan nikmatyang Allah s.w.t. anugerahkan kepada kita lebih-lebih lagi nikmat yang paling besar.Iaitu nikmat Iman & Islam. Maka seharusnya kita sebagai pelajar tidak kira samaada pelajar pengajian Islam mahupun perubatan, sama-samalah kita mengambil tanggungjawab untuk mengislah masyarakat serta menyebarkan Islam.

Kitalah sebagai tentera bagi mempertahankan Islam untuk menentang perang secara senya oleh zionis dan kafir laknatullah Israel. Hakikat hari ini Israel menguasai dunia baik dari segi pemerintahan mahupun ekonomi.

Maka perlulah kita bersedia untuk menentang penyebaran dakyah ini seperti mana yang Israel setkan didalam minda anak-anak muda mereka bahawasanya setiap nyawa umat Islam adalah musuh mereka dan tidak berharga.

Selain itu, beliau juga menyentuh bahawa pilihanraya PMRAM kali ini merupakan pendedahan baru kepada Mahasiswa dan gunakanlah peluang ini untuk menimba pengalaman pilihanraya kampus sebagai satu senjata bagi menghadapi pilihanraya umum yang lain.

Kempen yang diadakan ini bukanlah medan untuk merebut jawatan tetapi untuk membuka minda pelajar menilai dan mempelajari satu ilmu baru berpolitik menurut kaedah Islam yang sebenar.

Bukan dengan cara memburuk-burukan peribadi individu lain semata-mata untuk merebut sesuatu jawatan. Tetapi lebih kepada untuk memberi khidmat kepada ahli-ahli dan Islam khususnya.

Memegang jawatan bukanlah suatu kemuliaan tetapi satu tanggungjawab yang mesti dipikul dan akan disoal oleh Allah di hari akhirat kelak.

Harapan beliau agar seluruh Mahasiswa/wi keluar pada hari pengundian dan pilihlah calon-calon yang boleh memberikan khidmat yang terbaik bagi memperjuangkan hak-hak Mahasiswa serta menjaga kebajikan mereka di Mesir ini khususnya.

Undi anda adalah rahsia.
Renung-renungkan dan selamat beramal.

Terima kasih kepada Ust Abd Mu'iz, Yang Dipertua Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir atas kesudian memberikan peluang kepada Calon BP PMRAM Ust Solehuddin Mohd Safien untuk memberikan Tazkirah di surau Rumah Selangor.

Sekian.

No comments:

Post a Comment